Fungsi Frasa adjektif

Predikat ayat

Siti pandai.Siti sangat pandai.Siti gemar membaca buku.Siti sayang akan ibu bapanya.Siti cinta akan negaranya.Siti sayangkan ibu bapanya.

Penerang Frasa Nama

Budak kecil itu adik saya. – FA “kecil” ialah penerang bagi FN “budak”.Kereta baru itu miliknya. - FA "baru" ialah penerang bagi FN "kereta".

Budak yang sangat pandai itu adik saya.

Penerang Frasa Kerja

Angin bertiup kencang. – FA “kencang” ialah penerang bagi FK “bertiup”.Dia memandu laju keretanya. – FA “laju” ialah penerang bagi FK “memandu”.
  • Dia memandu di jalan raya keretanya.
Dia memandu keretanya dengan laju.
  • Dia memandu sangat laju keretanya.
Dia memandu keretanya dengan sangat laju.

Kata adjekjif (KA) boleh berfungsi sebagai subjek ayat

Hitam menawan. – KA “hitam” berfungsi sebagai subjek ayat.

Sebenarnya KA “hitam” ialah sebahagian daripada FN yang kata intinya, iaitu “warna” telah digugurkan.

Warna hitam menawan.